Unit tenaga dan kuasa Tan_(ukuran)

Tan TNT

Rencana utama: TNT setara
  • Satu tan TNT atau tan metrik TNT ialah unit tenaga yang sama dengan 109 kalori (termokimia), juga dikenali sebagai gigakalori (Gkal), dan yang sama pula dengan 4.184 gigajoule (GJ).
  • Satu kilotan TNT atau kilotan metrik TNT ialah unit tenaga yang sama dengan 1012 kalori, juga dikenali sebagai terakalori (Tcal), dan yang sama pula dengan 4.184 terajoules (TJ).
  • Satu megatan TNT (1,000,000 tan metrik) atau megatan metrik TNT ialah unit tenaga yang sama dengan 1015 kalori, juga dikenali (walaupun jarang) sebagai petakalori (Pkal), dan yang sama pula dengan 4.184 petajoule (PJ).

Perhatikan bahawa kesemua ini merupakan kalori (kal) kecil. Kalori diet adalah berlainan dan sama dengan satu kilokalori.

Nilai-nilai awal untuk tenaga letupan yang dibebaskan oleh trinitrotoluena (TNT) berbeza-beza antara 900 dan 1,100 kalori bagi setiap gram. Untuk memiawaikan penggunaan istilah TNT sebagai satu unit tenaga, suatu nilai sembarangan telah diterima, berdasarkan 1,000 kalori (1 kkal, 4.184 kilojoule) bagi setiap gram. Oleh itu, unit TNT tidak lagi mempunyai sebarang hubungan langsung dengan bahan kimia TNT pada dirinya, dan kini hanya merupakan satu unit tenaga yang secara kebetulan dinyatakan dengan menggunakan perkataan-perkatan yang biasanya dikaitkan dengan jisim (umpamanya, kilogram, tan metrik, paun) (rujukan IAEA: , ). Takrif ini merangkumi kedua-dua tan TNT  dan tan metrik TNT.

Tan batu arang setara

Satu tan batu arang setara atau tan metrik batu arang setara  (TCE) merupakan nilai konvensional sebanyak 7 Gcal (IT) = 29.3076 GJ.

Tan minyak setara

  • Satu tan minyak setara atau tan metrik minyak setara  (TOE) ialah nilai konvensional sebanyak 10 Gcal (IT) = 41.868 GJ ≈ 10.0067 tan TNT. Lihat juga rencana GTOE.

Tan penyejukan

Unit "tan" dipergunakan dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara untuk mengukur penyerapan haba. Sebelum kemunculan penyejukan mekanik, penyejukan dilaksanakan dengan menggunakan ais. Pemasangan satu tan penyejukan menggantikan penggunaan satu tan ais.

Di Amerika Syarikat, satu tan penyejukan piawai = 12,000 BTU sejam = 200 BTU seminit ≈ 3517 W. Ia lebih kurang sama dengan kuasa yang diperlukan untuk menyejukkan 1 tan pendek air sebanyak 1°F bagi setiap 10 minit; atau kuasa yang diperlukan untuk mencairkan satu tan pendek (2,000 paun) air pada suhu 0°C dalam 24 jam.

Satu tan juga merupakan unit tenaga yang sama dengan kuasa itu untuk tempoh sehari atau 24 jam × 12,000 BTU sejam = 288,000 BTU ≈ 303.9 megajoule.

Kegunaan yang kurang biasa ialah kuasa yang diperlukan untuk menyejukkan air satu tan panjang sebanyak 1 °F bagi setiap 10 minit = 13,440 BTU sejam ≈ 3 939 W.

Unit penyejukan British ialah 237.6 BTU sejam = 4117.8 W [1] [2] [3]